Thursday, 9 February 2017

Punca dan Penyelesaian Gangguan Seksual di Tempat Kerja.

                                       DUA2022:  Pengajian Dalam Islam.

                         Nama Pensyarah: Puan Wahida Binti Mat Said.

Nama Ahli Kumpulan:

Nur Fatihah Mazlyana Binti Muhamad Mazlan. (02DSK16F1051)

Nur Nabila Bt Nawawi. (02DSK16F1057)

Nor Anisya Bt Abdul Nassir. (02DSK16F1098)

Nur Farahana Bt Zamri. (02DSK16F1107)




PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim, 


          Alhamdulillah bersyukur ke atas illahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa, tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya serta ahli kumpulan saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. 

          Pertamanya saya dan ahli kumpulan saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kepada pensyarah tercinta kami, Puan Wahida Binti Mat Said kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. 

               Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka juga telah memberikan kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menyiapkan tugasan ini.

                Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada sesama ahli kumpulan saya serta rakan kelas yang lain yang telah banyak memberi peringatan terhadap apa yang telah saya dan ahli kumpulan saya alpa atau cuai.

                Akhir madah, saya serta ahli kumpulan saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kumpulan ini. Terima kasih. 

PENGENALAN :

Apa Itu Gangguan Seksual? 


  • Gangguan seksual merupakan satu perlakuan lucah yang dibuat dengan sengaja dan tidak dikehendaki, diundang, diminta atau tidak direlakan oleh mangsa.Gangguan seksual adalah merupakan satu gangguan dan keadaan yang tidak dapat diterima oleh akal fikiran waras manusia baik dari segi lisan, fizikal dan isyarat seksual. Gangguan ini boleh berlaku dimana-mana sahaja sama ada di pejabat ataupun kawasan perumahan kita sendiri. 
  • Gangguan seksual ini boleh dikategorikan sebagai sesuatu bentuk ancaman dan menyebabkan berlakunya persekitaran bekerja yang tidak selesa. Bentuk gangguan seksual ini boleh dikatakan sesuatu yang tidak sopan, berunsur seksual yang mana ia dijadikan sebagai satu syarat untuk seseorang menerima kenaikan pangkat ataupun kenaikan gaji dan kelebihan serta keistimewaan dalam syarikat. Fokus dan produktiviti mangsa yang terlibat akan terganggu dan tergugat disebabkan persekitaran tempat kerja yang tidak selesa. Kesannya mangsa gagal memberikan kualiti kerja yang terbaik. 

ISI KANDUNGAN : 

Punca-punca.