Nama Pensyarah: Puan Wahida Binti Mat Said.
Nama Ahli Kumpulan:
Nur Fatihah Mazlyana Binti Muhamad Mazlan. (02DSK16F1051)
Nur Nabila Bt Nawawi. (02DSK16F1057)
Nor Anisya Bt Abdul Nassir. (02DSK16F1098)
Nur Farahana Bt Zamri. (02DSK16F1107)
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah bersyukur ke atas illahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa, tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya serta ahli kumpulan saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya saya dan ahli kumpulan saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kepada pensyarah tercinta kami, Puan Wahida Binti Mat Said kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka juga telah memberikan kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menyiapkan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada sesama ahli kumpulan saya serta rakan kelas yang lain yang telah banyak memberi peringatan terhadap apa yang telah saya dan ahli kumpulan saya alpa atau cuai.
Akhir madah, saya serta ahli kumpulan saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kumpulan ini. Terima kasih.
PENGENALAN :
Apa Itu Gangguan Seksual?
- Gangguan seksual merupakan satu perlakuan lucah yang dibuat dengan sengaja dan tidak dikehendaki, diundang, diminta atau tidak direlakan oleh mangsa.Gangguan seksual adalah merupakan satu gangguan dan keadaan yang tidak dapat diterima oleh akal fikiran waras manusia baik dari segi lisan, fizikal dan isyarat seksual. Gangguan ini boleh berlaku dimana-mana sahaja sama ada di pejabat ataupun kawasan perumahan kita sendiri.
- Gangguan seksual ini boleh dikategorikan sebagai sesuatu bentuk ancaman dan menyebabkan berlakunya persekitaran bekerja yang tidak selesa. Bentuk gangguan seksual ini boleh dikatakan sesuatu yang tidak sopan, berunsur seksual yang mana ia dijadikan sebagai satu syarat untuk seseorang menerima kenaikan pangkat ataupun kenaikan gaji dan kelebihan serta keistimewaan dalam syarikat. Fokus dan produktiviti mangsa yang terlibat akan terganggu dan tergugat disebabkan persekitaran tempat kerja yang tidak selesa. Kesannya mangsa gagal memberikan kualiti kerja yang terbaik.
ISI KANDUNGAN :
Punca-punca.
Terdapat banyak punca berlakunya gangguan seksual di tempat kerja. Antaranya adalah :-
1. Tarikan fizikal dan personaliti yang menarik
Tarikan fizikal dan personaliti merupakan faktor utama berlakunya gangguan seksual terhadap wanita. Wanita yang berwajah cantik lebih cenderung di ganggu berbanding wanita yang kurang cantik. Selain itu, wanita yang berpakaian seksi, mempunyai potongan badan yang menarik dan berperwatakan moden adalah lebih terdedah kepada gangguan seksual.
2. Kuasa
Kuasa juga dilihat sebagai punca kepada gangguan seksual. Mengikut teori organisasi pula menyatakan bahawa gangguan seksual adalah disebabkan oleh faktor organisasi dan bukan peribadi. Struktur organisasi dalam sesebuah syarikat sering menempatkan lelaki dalam kedudukan yang lebih autoriti berbanding wanita. Hal demikian menyebabkan mereka cuba mendapatkan kepuasan secara seksual dari pekerja bawahan mereka. Oleh sebab kebanyakan hierarki di dalam organisasi lebih dimiliki oleh lelaki, ini menyebabkan gangguan seksual ini lebih terdedah untuk berlaku kerana golongan ini menggunakan kuasa yang ada pada mereka. Mereka menggunakan kuasa mereka dengan mengugut untuk tidak diberi insentif yang lebih baik jika tidak melayan atau menerima perlakuan yang dilakukan oleh mereka.
3. Pertandingan dan Ego
Punca gangguan seksual juga berlaku kerana pertandingan, ego dan ketakutan kehilangan status kuasa. Lelaki akan bersifat ego apabila dicabar oleh rakan-rakan. Ini kerana lelaki mahu dilihat hebat dimata lelaki lain. Hal tersebut kana menyebabkan mereka berkelakuan untuk mencabul mangsa dengan mencubit, membuat ancaman samada secara tersirat ataupun terbuka dan mengintip wanita tersebut. Bagi lelaki, pekerja wanita dilihat sebagai permainan untuk menarik perhatian lelaki. Mereka bertanding untuk mencapai dominasi tersebut. Sekiranya mereka berjaya, mereka akan berasa bangga dan puas.
4. Perbezaan Hormon
Lelaki dan wanita mempunyai hormon yang berbeza. Mengikut teori biologi, gangguan seksual berlaku disebabkan oleh perbezaan hormon antara lelaki dan perempuan. Komponen hormon lelaki yang menyebabkan mereka mempunyai ransangan seks yang lebih tinggi daripada wanita. Perkara tersebut akan menjurus mereka sehingga terlibat dalam tingkahlaku yang bersifat gangguan seksual. Ia berlaku seolah-oleh diluar kawalan pengganggu tersebut. Walaubagaimanapun, tingkahlaku pengganggu tersbeut berlaku secara tidak langsung dan secara tersembunyi. Ini tidak menampakkan berlakunya perkara yang tidak baik atau sumbang dikhalayak ramai.
Punca gangguan seksual juga berlaku kerana pertandingan, ego dan ketakutan kehilangan status kuasa. Lelaki akan bersifat ego apabila dicabar oleh rakan-rakan. Ini kerana lelaki mahu dilihat hebat dimata lelaki lain. Hal tersebut kana menyebabkan mereka berkelakuan untuk mencabul mangsa dengan mencubit, membuat ancaman samada secara tersirat ataupun terbuka dan mengintip wanita tersebut. Bagi lelaki, pekerja wanita dilihat sebagai permainan untuk menarik perhatian lelaki. Mereka bertanding untuk mencapai dominasi tersebut. Sekiranya mereka berjaya, mereka akan berasa bangga dan puas.
4. Perbezaan Hormon
Lelaki dan wanita mempunyai hormon yang berbeza. Mengikut teori biologi, gangguan seksual berlaku disebabkan oleh perbezaan hormon antara lelaki dan perempuan. Komponen hormon lelaki yang menyebabkan mereka mempunyai ransangan seks yang lebih tinggi daripada wanita. Perkara tersebut akan menjurus mereka sehingga terlibat dalam tingkahlaku yang bersifat gangguan seksual. Ia berlaku seolah-oleh diluar kawalan pengganggu tersebut. Walaubagaimanapun, tingkahlaku pengganggu tersbeut berlaku secara tidak langsung dan secara tersembunyi. Ini tidak menampakkan berlakunya perkara yang tidak baik atau sumbang dikhalayak ramai.
Penyelesaian.
1. Polisi gangguan seksual.
Pekerja harus sedar dan faham apakah yang dikatakan gangguan seksual di tempat kerja. Syarikat khususnya harus menyediakan satu polisi didalam syarikat tentang anti-gangguan seksual. Mereka juga perlu diberikan contoh-contoh gangguan seksual yang boleh berlaku supaya mereka memahami sifat polisi. Polisi tersebut juga sepatutnya dapat menerangkan bahawa tindakan itu tidak akan diterima di syarikat tersebut, dan tidak akan membalas dendam terhadap seseorang yang telah membuat aduan mengenai gangguan tersebut.
2.Memberikan informasi.
Syarikat haruslah berusaha dalam memberi informasi yang cukup kepada pekerja-pekerja di dalam syarikat seperti:
- Mengadakan seminar-seminar tahunan untuk mengkaji semula polisi gangguan seksual untuk memberi penerangan apakah yang dikatakan gangguan seksual dan apakah yang akan dilakukan jika seseorang telah mendakwa diganggu secara seksual.
- Membuat satu mesyuarat untuk menerangkan polisi anti-gangguan seksual yang wajib dihadiri semua kakitangan syarikat supaya semua orang dalam syarikat itu mampu untuk memahami polisi-polisi dan kesan akibat gangguan seksual.
- Penyelia latihan adalah sangat penting. Dalam banyak keadaan, individu-individu ini akan menajdi baris pertama perlindungan gangguan seksual. Mereka harus mahir dalam bagaimana untuk mengendalikan kes-kes gangguan seksual.
3. Berpakaian dan bertindak sederhana.
Berpakaian seksi boleh menggalakkan kepada gangguan seksual. Contohnya, berpakaian jarang dan mencolok mata ke tempat kerja sehingga mendedahkan tubuh badan adalah sangat tidak wajar. Sememangnya mangsa tetap tidak bersalah sekiranya gangguan seksual itu berlaku terhadap dirinya, tetapi ia adalah penting untuk menjauhkan diri pekerja sebanyak mungkin daripada situasi di mana tindakan tersebut boleh berlaku.
4. Wujudkan persekitaran anti gangguan seksual.
Apabila wujud kes-kes gangguan seksual di tempat kerja, syarikat harus mengendalikan dakwaan gangguan seksual dengan bijaksana dan terhormat tetapi tetap mengekalkan ketegasan dan keseriusan menangani masalah ini. Siasatan perlu sentiasa dikendalikan secara profesional dan tiada aduan yang akan diketepikan. Majikan boleh didakwa jika terlibat dalam gangguan seksual dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
5. Bertindak dengan yakin.
Setiap wanita ataupun lelaki di tempat kerja haruslah mempunyai sifat ketegasan dan keberanian, Ini adalah kerana individu yang lemah sering disasarkan sebagai mangsa. Sekiranya mereka tersebut berdepan dengan gangguan seksual, perkara pertama yang harus dilakukan adalah dengan bertindak dan bercakap dalam cara yang kuat dan yakin, Setiap individu haruslah mengelakkan diri mereka daripada banyak keadaan di mana gangguan seks mungkin boleh berlaku. Biar semua orang di dalam syarikat tahu bahawa gangguan seksual tidak akan diterima. Jika seseorang membuat komen lucah, minta mereka untuk tidak berbuat demikian. Pastikan kedudukan pekerja mengenai perkara ini jelas.
KESIMPULAN
Kesalahan gangguan seksual perlu dipandang serius oleh semua pihak. Untuk menyedarkan orang tentang masalah ini, pendedahan melalui media massa dan ceramah serta seminar perlu diperbanyakkan lagi. Selain itu, talian hot-line yang berfungsi 24 jam perlu diwujudkan supaya mangsa boleh bertanyakan langkah yang sepatutnya diambil segera. Pusat-pusat pengaduan berhubung masalah ini seharusnya diperbanyakkan lagi. Di negara kita, antara persatuan yang aktif bagi menangani masalah gangguan seksual adalah Persatuan Pergerakan Wanita (AWAM), Persatuan Sahabat Wanita dan Pusat Krisis Wanita.Peruntukan undang-undang yang ada berkenaan gangguan seksual di negara kita masih tidak cukup. Undang-undang perlu sesuai dalam semua suasana. Satu takrif jelas mengenai apakah gangguan seksual serta bentuk-bentuknya secara takrif perundangan diwujudkan supaya tidak menimbulkan sebarang keraguan.
RUJUKAN
http://irfankalil.blogspot.my/2011/05/contoh-penghargaanuntuk-pelajar.html http://gangguanseksualditempatkerja.blogspot.my/p/punca-gangguan.html http://gangguanseksualditempatkerja.blogspot.my/p/penyelesaian.html https://books.google.com.my/books?id=xS5TdmrT9ysC&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=false
LAMPIRAN
No comments:
Post a Comment